Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hampir 150 firma fintech terima lesen khidmat pembayaran daripada MAS

Jun 19, 2023 | 01:23 PM



Meskipun dengan keadaan ekonomi tidak menentu, industri pembayaran setempat berkembang pesat dengan lebih banyak firma teknologi kewangan (fintech) menerima lesen yang membolehkan mereka mengembangkan perniagaan.

Terdapat peluang besar bagi firma-firma dalam pasaran syarikat kecil dan sederhana (SME) tetapi pemain perlu meningkatkan usaha mereka, kata pemerhati.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menerima lebih 680 permohonan bagi lesen perkhidmatan pembayaran sejak Januari 2020, iaitu apabila Akta Perkhidmatan Pembayaran yang menggariskan peraturan bagi sektor itu berkuat kuasa, lapor The Straits Times.


Hampir 150 permohonan telah diluluskan sehingga 31 Mei, sementara 17 ditolak, 214 ditarik balik dan 116 entiti kekal dikecualikan daripada pelesenan sementara permohonan mereka disemak.

Kini terdapat 190 institusi pembayaran utama, yang menjalankan aktiviti seperti pemindahan wang domestik dan rentas sempadan, pemerolehan pedagang dan perkhidmatan token pembayaran digital.

Institusi ini mungkin menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tertakluk kepada ambang tertentu pada transaksi bulanan dan baki e-wang harian mereka.

Rakan kongsi dan ketua perkhidmatan kewangan di KPMG Singapura, Encik Anton Ruddenklau, berkata firma pembayaran mungkin menggunakan Singapura sebagai landasan pelancaran untuk berkembang ke seluruh Asia Tenggara dan rantau yang lebih luas.

“Sebab mengapa firma suka datang ke Singapura untuk mendapatkan lesen MPI (institusi pembayaran utama) adalah kerana ia memberi mereka lencana kepercayaan apabila mereka pergi ke pengawal selia lain di serata rantau ini dan memohon lesen di sana.

“Kedua, ia memberi kepastian kepada pelabur bahawa perniagaan yang mereka laburkan dijalankan dengan baik, berhemat dan teguh dalam kawalan mereka,” katanya.

Firma fintech berkata mereka merancang untuk melancarkan lebih banyak perkhidmatan walaupun menghadapi cabaran seperti inflasi yang tinggi dan kelembapan dalam pertumbuhan global.

Encik Nagesh Devata, naib presiden kanan Asia-Pasifik di Payoneer, berkata firma itu merancang untuk menawarkan beberapa ciri baru di Singapura, terutamanya dalam pengeluaran akaun dan e-wang, pemindahan wang domestik dan rentas sempadan serta pemerolehan pedagang.

Dalam pada itu, perniagaan lebih kecil, terutama mereka yang ketinggalan dalam usaha pendigitalan, boleh meraih manfaat daripada penambahan firma fintech di sini, kata pemerhati.

Ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan FinTech Singapura, Encik Bernard Chan, berkata SME akan mendapat manfaat apabila firma fintech diberikan lesen kerana pembayaran selalunya merupakan babak terakhir transaksi.

“Perlu diingat bahawa lesen ini juga diberikan kepada firma antarabangsa yang berpangkalan di Singapura yang memberi khidmat kepada pasaran global,” tambah Encik Chan, yang merupakan ketua pegawai strategi Advance Intelligence Group yang mempunyai ibu pejabat di Singapura.

Namun, masa depan firma-firma fintech tidak semuanya cerah kerana kadar faedah yang tinggi bermakna peningkatan kos modal dan pelabur yang lebih berhati-hati.

Industri teknologi juga telah menyaksikan beberapa pemberhentian kerja sedang ia mengurangkan kos.

Nilai pelaburan fintech global untuk pembayaran turun sebanyak 40 peratus pada separuh pertama 2023 tetapi pelabur terus memihak kepada firma pembayaran peringkat lewat, kata Encik Ruddenklau, memetik analisis KPMG.

Sementara itu, Encik Chan berkata:


“Perlu juga ada pendidikan berterusan oleh fintech kepada pasaran yang lebih luas tentang perkara yang mereka lakukan dan nilai yang mereka berikan, terutamanya kepada pelanggan dan khalayak sasaran mereka.


“Ini sendiri adalah satu cabaran berbanding rakan sejawat Barat kami, di mana fintech biasanya diterima pakai secara lebih meluas.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >