Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir separuh syarikat ditinjau mahu tingkat pelaburan teknologi pasca Covid-19

Apr 23, 2020 | 11:35 AM
TINGKAT UPAYA: Hampir separuh atau 46 peratus daripada 312 majikan dan karyawan Sumber Tenaga Manusia (HR) yang ditinjau syarikat Ranstad Singapore menyatakan mereka akan meningkatkan pelaburan bagi meningkatkan keupayaan teknologi selepas berakhirnya penularan Covid-19.
TINGKAT UPAYA: Hampir separuh atau 46 peratus daripada 312 majikan dan karyawan Sumber Tenaga Manusia (HR) yang ditinjau syarikat Ranstad Singapore menyatakan mereka akan meningkatkan pelaburan bagi meningkatkan keupayaan teknologi selepas berakhirnya penularan Covid-19. - Fail

HAMPIR separuh atau 46 peratus daripada 312 majikan dan karyawan Sumber Tenaga Manusia (HR) yang ditinjau syarikat Ranstad Singapore menyatakan mereka akan meningkatkan pelaburan bagi meningkatkan keupayaan teknologi selepas berakhirnya penularan Covid-19.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati 2 dari 5 responden dilengkapi secukupnya dengan prasarana yang diperlukan untuk menyokong pekerja bekerja dari rumah.

Selain 40 peratus responden yang dilengkapi sepenuhnya dengan prasarana yang diperlukan, 46 peratus lagi berkata, mereka akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi bagi meningkatkan kemampuan organisasi, sedang 15 peratus lagi responden akan membekalkan komputer riba kepada pekerja untuk bekerja jarak jauh.

Bagi 19 peratus yang ditinjau menyatakan, mereka akan menyemak dan mempertingkat prasarana digital untuk memastikan perhubungan lebih berkesan, menjalankan kerjasama dan penghasilan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, 12 peratus mereka yang ditinjau menyatakan akan mempertingkat sistem keselamatan rangkaian bagi melindungi fail dan data syarikat.

Mengongsi dapatan ini, Ranstad Singapore, sebuah firma dalam bidang HR berkata, tinjauan dibuat bagi memahami sentimen perniagaan dan pengurusan keadaan pekerjaan disebabkan pandemik yang berlaku.

Memberikan pandangannya, Pengarah Urusan Ranstad bagi Singapura dan Malaysia, Cik Jaya Dass, berkata:

"Sebelum Covid-19, banyak syarikat telah beralih kepada struktur teknologi awan dan menggantikan komputer meja pekerja dengan komputer telapak. Usaha sebegini adalah sebahagian daripada dorongan pemerintah dan syarikat untuk mewujudkan ekonomi digital di Singapura.

"Bagaimanapun, apabila pekerja bekerja dari rumah bagi tempoh lebih lama, mereka mula menghadapi cabaran baru dan tidak dijangkakan. Sebagai contoh, pekerja tidak berupaya mendapatkan fail yang telah dienkrip dari rangkaian kerana tidak perisian yang digunakan tidak secocok atau akses rangkaian perhubungan persendirian (VPN) tidak mantap.

"Sedang ada isu boleh diselesaikan menerusi kaedah jarak jauh oleh jurutera rangkaian, syarikat perlu mencari huraian jangka panjang bagi membolehkan pekerja bekerja dari rumah dengan lebih baik," ujarnya.

Menurut Cik Dass, hasil pengalaman yang diraih dalam tempoh luar biasa ini, syarikat akan belajar dan mengambil iktibar akan jurang dalam teknologi yang mereka ada dan akan juga mengatasinya.

"Mereka juga akan sedar bahawa agak sukar untuk melakukan memberi kerja dan memantau kemajuan pasukan mereka. Cabaran-cabaran ini boleh menjejas proses aliran kerja, usaha membuat keputusan, kecepatan untuk memasarkan, dan keupayaan kelakonan keseluruhan tenaga kerja.

Sebagai majikan katanya lagi, ia menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kerjasama antara majikan dan pekerja terus dilakukan, terutamanya apabila pekerja bekerja jarak jauh.

Ini bermakna memastikan mereka punya sumber mencukupi untuk bekerja antara satu sama lain. Sebagai contoh, syarikat perlu melabur untuk mendapatkan sistem telesidang yang baik dan selain, atau alat pengurusan yang dapat memantapkan rangkaian perhubungan dan daya kerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg