Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hapus tarif 92% barang diperdagang antara perjanjian kerjasama RCEP

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



SEKTOR perniagaan kini berpeluang menikmati penghapusan tarif kira-kira 92 peratus barang yang diperdagang dalam kalangan 10 negara yang telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).



Perjanjian tersebut yang berkuat kuasa awal bulan ini, turut membantu perniagaan meraih manfaat daripada akses pasaran keutamaan tambahan bagi produk tertentu, termasuk bahan api mineral, plastik, produk kimia dan penyediaan makanan dan minuman di pasaran RCEP terpilih seperti China, Jepun dan Korea.



Dengan peraturan asal diperkemas dan peruntukan terkumpul serantau, perniagaan akan mempunyai lebih fleksibiliti untuk memanfaatkan faedah akses pasaran keutamaan ini dan dapat memanfaatkan rantaian bekalan serantau.



Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata perjanjian yang berkuat kuasa mulai 1 Januari itu adalah antara Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam.



Kementerian itu berkata perniagaan berpeluang mendapat manfaat daripada komitmen yang dipertingkat melebihi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean Campur Satu yang sedia ada dalam beberapa sektor.



Selain itu, mereka akan mempunyai pendekatan lebih telus yang akan memberi kepastian lebih besar bagi perniagaan.



Pelabur juga berpeluang meraih manfaat daripada komitmen untuk melarang keperluan prestasi dan peruntukan yang mengehad kelonggaran langkah pada masa depan.



Mengulas tentang persetujuan RCEP itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata: "Penguatkuasaan RCEP akan memberi rangsangan kepada hubungan perdagangan dan perniagaan antara Singapura dan pihak lain dalam RCEP.



"Kami berbesar hati kerana semasa acara-acara pendekatan, banyak perniagaan Singapura menyatakan mereka berminat meneroka menggunakan Perjanjian RCEP apabila ia dijalankan."



Encik Gan menambah bahawa kepantasan penguatkuasaan RCEP menonjolkan tahap kerjasama negara-negara di rantau ini, terutama dalam tempoh mencabar Covid-19 ini.



"Perjanjian RCEP mula berkuat kuasa kira-kira setahun selepas ia ditandatangani dan ini adalah bukti keazaman dan komitmen rantau ini untuk memperdalam integrasi ekonomi di tengah-tengah masa sukar ini.



"Kami menantikan ratifikasi pantas RCEP oleh semua pihak yang belum memeterainya agar potensi penuh perjanjian itu dapat direalisasikan," ujar Encik Gan.



Selain penghapusan tarif, perniagaan juga boleh meraih manfaat daripada akses tambahan kepada pasaran yang diutamakan bagi produk tertentu, menurut MTI.



Ini termasuk minyak mineral, plastik, produk kimia lain, pelbagai penyediaan makanan dan minuman bagi pasaran RCEP tertentu seperti China, Jepun dan Korea Selatan.



Perniagaan juga berpeluang meraih akses yang diutamakan bagi pasaran dan fleksibiliti tambahan untuk memanfaatkan rantaian bekalan serantau.



Persetujuan RCEP termasuk komitmen dipertingkat selain persetujuan dagangan bebas Asean Campur Satu dalam bidang termasuk khidmat profesional dan perniagaan, penyelidikan dan pengembangan dan pengagihan serta logistik.



Ini selain mengurangkan ketidaktentuan perniagaan dengan ketelusan yang dipertingkat.



Pelabur juga kini boleh membiayai projek dengan lebih mudah kerana persetujuan tersebut termasuk komitmen untuk mengelakkan penguatkuasaan syarat prestasi, di mana negara tuan rumah akan menetapkan matlamat ekonomi dan sosial bagi pelabur.



Perjanjian RCEP ialah perkongsian ekonomi moden, menyeluruh, bermutu tinggi dan saling menguntungkan yang dibina berdasarkan perjanjian dua hala sedia ada yang dimiliki Asean dengan rakan perdagangan bebasnya.



Sebagai FTA terbesar setakat ini, RCEP meliputi kira-kira 30 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) global, iaitu AS$26 trilion ($35 trilion) serta 30 peratus penduduk dunia.



Contohnya, persetujuan perdagangan bebas terbesar dunia itu akan menghapuskan tarif terhadap 86 peratus eksport Jepun ke China, meningkat 8 peratus barangan tanpa tarif buat masa ini, menurut syarikat khidmat profesional Deloitte.



Eksport bebas tarif Jepun ke Korea Selatan pula melonjak dari 19 peratus kepada 92 peratus.



Persetujuan itu mengandungi 20 bab, termasuk dalam bidang seperti harta intelektual, dasar persaingan, e-dagang dan perolehan pemerintah.




Penguatkuasaan RCEP akan memberi rangsangan kepada hubungan perdagangan dan perniagaan antara Singapura dan pihak lain dalam RCEP. Kami berbesar hati kerana semasa acara-acara pendekatan, banyak perniagaan Singapura menyatakan mereka berminat meneroka menggunakan Perjanjian RCEP apabila ia dijalankan. 
Perjanjian RCEP mula berkuat kuasa kira-kira setahun selepas ia ditandatangani dan ini adalah bukti keazaman dan komitmen rantau ini untuk memperdalam integrasi ekonomi di tengah-tengah masa sukar ini. Kami menantikan ratifikasi pantas RCEP oleh semua pihak yang belum memeterainya agar potensi penuh perjanjian itu dapat direalisasikan.
- Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, mengulas tentang Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 antara Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >