Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula susut buat pertama kali sejak Februari

Oct 05, 2023 | 03:11 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mencatatkan penurunan bulanan buat kali pertama sejak Februari.

Pada Khamis, data daripada portal hartanah SRX dan agensi hartanah 99.co menunjukkan bahawa harga dan bilangan jualan semula pada September, kededuanya susut berbanding bulan sebelumnya.

Penurunan itu dipengaruhi pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Oktober dan Disember, kata ketua pegawai data dan analitik 99.co, Encik Luqman Hakim, yang menjangkakan permintaan lebih rendah dan tekanan harga akan berterusan pada bulan-bulan akan datang hingga akhir 2023.

“Keprihatinan tentang minat dan inflasi yang tinggi telah mengalihkan permintaan beberapa pembeli daripada pasaran flat jualan semula di tengah-tengah kenaikan harga,” katanya lagi.

Selepas enam bulan pertumbuhan berterusan, keseluruhan harga flat jualan semula HDB mencatatkan penurunan sebanyak 0.6 peratus.

Harga untuk estet tidak matang jatuh 0.9 peratus pada September dan 0.4 peratus di estet matang.

“Berikutan pertumbuhan harga yang kukuh selama dua tahun dan langkah-langkah penyejukan baru-baru ini, nampaknya harga flat jualan semula HDB memuncak apabila rintangan harga bermula,” kata ketua penyelidikan dan kandungan PropNex, Encik Wong Siew Ying.

Hanya flat tiga bilik menikmati kenaikan harga sebanyak 0.6 peratus.

Harga empat bilik turun sebanyak 0.9 peratus, harga lima bilik turun sebanyak 0.3 peratus dan harga flat eksekutif turun sebanyak 2.1 peratus.

Pegawai eksekutif utama ERA, Encik Eugene Lim menganggap perubahan dalam harga median merentasi semua jenis flat kecil dengan keseluruhan harga median pasaran turun daripada $560,000 kepada $555,000.

“Walaupun ada penurunan sedikit, September 2023 masih merupakan bulan dengan harga kedua tertinggi selepas Ogos 2023,” kata Encik Lim.

Harga September lebih tinggi sebanyak 4.9 peratus dengan harga untuk semua jenis bilik meningkat berbanding tahun lalu. Harga estet matang naik 5.1 peratus dan harga tidak matang naik 4.8 peratus.

Dari segi jenis bilik, flat empat bilik mempunyai kenaikan harga tertinggi sebanyak 5.8 peratus, diikuti dengan lima bilik pada 5 peratus dan tiga bilik pada 4.8 peratus. Harga untuk flat eksekutif pada September ialah 3.4 peratus lebih tinggi berbanding setahun yang lalu.

Terdapat 1,985 flat jualan semula HDB pada September, mewakili 19.7 peratus penurunan daripada bulan sebelumnya dan turun sebanyak 23.3 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >