Premium
Harga minyak jatuh 2%, pasaran bimbangi lebihan
Mar 11, 2017 | 5:30 AM
KERAGUAN DALAM PASARAN: Setelah menyaksikan harga minyak susut, pasaran bimbangi peningkatan inventori minyak mentah dan keberkesanan perjanjian membendung lebihan komoditi itu di peringkat global. - Foto fail REUTERS -
NEW YORK: Harga minyak susut kira-kira 2 peratus di pasaran New York semalam, seraya melanjutkan kejatuhan sesi sebelumnya ke paras harga tidak pernah dilihat sejak persetujuan pakatan yang dipimpin Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) untuk mengurangkan pengeluaran.
Ini juga berikutan kebimbangan terhadap peningkatan inventori minyak mentah rekod Amerika Syarikat dan keraguan terhadap keberkesanan perjanjian membendung lebihan global.

