Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga minyak junam terendah sejak Perang Teluk 1991

Mar 9, 2020 | 9:11 AM
Langkah menurunkan harga minyak oleh Aramco, firma pengeluar minyak kerajaan Arab Saudi dibuat beberapa jam selepas rundingan di antara Opec dan sekutunya gagal.
Langkah menurunkan harga minyak oleh Aramco, firma pengeluar minyak kerajaan Arab Saudi dibuat beberapa jam selepas rundingan di antara Opec dan sekutunya gagal. - Reuters

SINGAPURA - Pasaran minyak menjunam ke paras terendah sejak Perang Teluk pada 1991 pada Isnin (9 Mac) setelah keretakan dalam perikatan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) dengan sekutunya, mencetuskan perang harga dalam kalangan negara pengeluar terbesar dunia.

Dalam sesi dagangan paling dramatik, harga dagangan hadapan minyak mentah Brent mengecut sebanyak 31 peratus dalam masa beberapa saat sahaja sesi dagangan dibuka di Asia pada Isnin, setelah mengalami kerugian terbesar sejak krisis global pada akhir minggu lalu.

Sementara harga minyak mentah Brent merosot kepada serendah AS$31 ($42) setong, Goldman Sachs Group memberi amaran ia boleh menjunam sehingga kepada lingkungan AS$20.

Dijejas oleh permintaan lemah ekoran Covid-19, pasaran minyak semakin tergugat kerana kemungkinan bekalan percuma untuk semua.

Pada hujung minggu lalu, Arab Saudi memotong harga rasmi minyaknya pada kadar tertinggi dalam masa sekurang-kurangnya 20 tahun dan membayangkan akan meningkatkan pengeluaran - satu petanda kurang jelas tentang niatnya untuk membanjiri pasaran dengan minyak mentah.

Rusia pula berkata syarikatnya bebas untuk mengepam minyak seberapa banyak yang dimahukan.

Ini berlaku selepas rundingan di antara Opec dan negara sekutunya berakhir dengan kegagalan dan keruntuhan perikatan itu bermakna tamatnya kerjasama di antara Arab Saudi dan Rusia yang mendorong harga minyak sejak 2016. - Agensi Berita, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg