ISNIN semalam, bermula serupa hari Isnin lain yang muram akibat krisis paling teruk melanda pasaran minyak dalam satu generasi. Harga minyak turun ke bawah paras sifar buat pertama kali dalam sejarah sehingga menyebabkan pedagang bersedia membayar US$40 setong ($56.95), lapor The Straits Times hari ini.
Pasaran hadapan Jangka Masa Sederhana West Texas (WTI) yang menjadi penanda aras bagi industri minyak Amerika selama berdekad-dekad, menyaksikan pasaran melonjak, menjunam, perang dan krisis kewangan, tetapi tiada satu pun yang menjangkakan keadaan seperti sekarang. Di akhir masa dagangan, kontrak menjunam 300 peratus dari AS$17.85 ke bawah nilai dolar, -AS$37.63.
"Hari ini adalah bencana bagi industri minyak sedunia," kata Doug King, seorang pelabur dana lindung nilai yang sama-sama mengasas Merchant Commodity Fund.
"Simpanan Amerika Syarikat penuh atau komited dan nasib malang peserta perlu diteruskan," katanya.
Melihat ke satu arah, ia merupakan satu aksi melampau sedang pedagang bersiap sedia hadapi penamatan kontrak pada Mei ini.
Di tempat-tempat lain, pasaran bergerak seperti biasa - masa depan Brent, penanda aras bagi Eropah di London, mengakhiri hari dagang dengan buruk, tetapi masih kekal di paras AS$25 setong.
WTI untuk pengiriman Jun telah bertukar tangan pada harga AS$21 setong.
Pasaran saham Asia menuruti keadaan di Amerika Syarikat hari ini, dengan pelabur dilihat 'gerun' sedang harga minyak bagi pasaran hadapan menjunam ke paras yang tidak pernah dijangka dan musim pendapatan berterusan.
Nilai ekuiti dibuka rendah di Jepun, Australia dan Korea Selatan.
Pasaran masa hadapan S&P 500 naik sedikit selepas saham Amerika Syarikat jatuh dari paras tertinggi dalam tempoh enam minggu.
Indeks Nikkei Jepun jatuh 1.1 peratus sedang pasaran S&P Australia/Indeks ASX 200 merosot 0.4 peratus.
Indeks Kospi Korea Selatan jatuh 0.8 peratus sementara Indeks Hang Seng Hong Kong menguncup 0.8 peratus.
Pasaran masa depan S&P 500 meningkat 0.5 peratus pada 9:03 pagi ini di Tokyo.
Indeks S&P 500 jatuh 1.8 peratus manakala nilai masa hadapi minyak mentah West Texas yang berakhir hari ini berubah menjadi negatif buat pertama kalinya, secara asasnya disebabkan kontrak pada akhir Mei ini telah memaksa penerimaan fizikal di masa keupayaan penyimpanan adalah rendah.
Harga untuk Jun berada di bawah AS$22 setong.
Hasil keuntungan bagi tempoh 10 tahun Perbendahaan dilihat mantap, sekitar 0.61 peratus selepas kejatuhan lebih tiga mata asas.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg