Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga petrol di S’pura naik secara menyeluruh

Jul 28, 2023 | 02:45 PM



Harga petrol telah meningkat secara menyeluruh selepas Caltex menaikkan harganya tiga minggu lalu, dengan Shell turut mengambil langkah yang sama.

Menurut penjejak harga Fuel Kaki yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura (Case), kadar harga telah meningkat sejak beberapa minggu ini, dengan pelarasan terkini dibuat oleh Shell dan Caltex pada Khamis.

Dengan perubahan itu, petrol oktana 92 kini berada di antara $2.73 (SPC) dan $2.80 (Caltex) seliter. Gred oktana 95 pula berada di antara $2.77 (SPC) hingga $2.85 (Caltex, Shell) seliter – kenaikan sebanyak enam sen seliter lebih tiga minggu lalu.

Gred oktana 98 biasa kini antara $3.25 (SPC) dan $3.34 (Shell), sementara gred oktana 98 premium kini di antara $3.41 (Sinopec) hingga $3.56 (Shell) – sehingga lebih 31 sen berbanding tiga minggu lalu.

Diesel kini antara $2.39 (SPC) dan $2.46 (Caltex, Shell) seliter, sehingga sembilan sen lebih daripada tiga minggu lalu.

Kenaikan terbaru ini didorong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi. Penanda aras minyak mentah Brent berada dalam aliran yang meningkat sejak sebulan lalu, dengan penghantaran September meningkat daripada sekitar AS$72 ($95.90) setong pada akhir Jun kepada lebih AS$86 ($114.54) setong pada Khamis – paras tertinggi sejak April.

Menurut Reuters, lonjakan itu ada kaitan dengan bekalan yang lebih ketat berikutan pemotongan pengeluaran oleh pengeluar utama, serta peningkatan semula prospek permintaan China dan pertumbuhan global.


Selepas diskaun, harga purata tertinggi untuk oktana 92 ialah $2.34 di Caltex, dan yang terendah ialah pada SPC ($2.32).

Purata oktana 95 antara $2.20 (Sinopec) hingga $2.43 (Shell).

Bahan api paling mahal selepas diskaun ialah oktana 98 premium Shell pada purata $3.02 seliter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >