Topik diikuti
Pergi ke BHkuHarga sewa HDB, apartmen privet terus meningkat
Harga sewa HDB, apartmen privet terus meningkat
HARGA sewa bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan apartmen privet terus meningkat bulan lalu, sedang jumlah yang disewakan bagi kedua-dua pasaran merosot.
Sewa kondominium bulan lalu meningkat 1.4 peratus, sementara sewa HDB naik 1.7 peratus, menurut perangkaan awal daripada portal hartanah 99.co dan SRX yang dikeluarkan semalam.
