Premium
Hemat niaga seni khat di rumah sambil jaga anak
Sep 13, 2020 | 5:30 AM
PENUHI TANGGUNGJAWAB: Cik Nur Diyana Taha berkata skim Pejabat Rumah membolehkan beliau menjalankan perniagaan di samping menjaga anak-anaknya yang masih kecil. - Foto ihsan NUR DIYANA TAHA -
SELEPAS diberhentikan kerja setahun lalu dari sebuah firma Amerika Syarikat, Cik Nur Diyana Taha memutuskan untuk menjalankan perniagaan sendiri di rumah.
Dengan kemahirannya dalam membuat rekaan dan cetakan khat menggunakan komputer, beliau memutuskan menjalankan perniagaan itu di samping menjaga tiga anak perempuannya yang masih kecil berusia antara tiga dengan tujuh tahun.

