Hingga 63% syarikat terjejas akibat Covid-19; pendapatan turun lebih 30%
Premium
Hingga 63% syarikat terjejas akibat Covid-19; pendapatan turun lebih 30%
Tinjauan SBF: Kesan pandemik ke atas industri tidak setara; Hingga 84% syarikat akur percepat transformasi digital akibat koronavirus
Jan 27, 2021 | 5:30 AM
-
SEBANYAK 63 peratus syarikat di sini berkata pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan negatif terhadap perniagaan mereka, dengan syarikat-syarikat tersebut mengalami penurunan purata pendapatan sebanyak 31 peratus.
Namun, meskipun dengan cabaran yang dihadapi dan ketidaktentuan ekonomi sekarang, 69 peratus daripada keseluruhan 1,075 syarikat yang ditinjau berkata mereka yakin dapat meneruskan perniagaan dalam 12 bulan akan datang.

