Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSBC mungkin beri insentif wang, peranan baru bagi eksekutif terlepas jawatan CEO

Jul 9, 2024 | 5:54 PM
HSBC dijangka memilih ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya daripada sekumpulan calon dalaman. Nama CEO baru itu mungkin diumum seawal Julai.
HSBC dijangka memilih ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya daripada sekumpulan calon dalaman. Nama CEO baru itu mungkin diumum seawal Julai. - Foto REUTERS

LONDON: Sedang bank HSBC membuat persiapan bagi menamakan ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baru – ketiga dalam sembilan tahun – ia turut menimbangkan kemungkinan memberi insentif wang dan menugaskan semula projek utama bagi mengekalkan karyawan yang terlepas peluang memegang jawatan tersebut.

Menurut dua sumber yang mengetahui mengenai perbincangan itu, bank terbesar di Eropah itu mungkin memperuntuk semula peranan “strategi transformasi teknologi dan inovasi” bank itu, yang pada masa ini diselia oleh CEO, Encik Noel Quinn, kepada seseorang selain penggantinya, kata sumber tersebut, yang tidak mahu dinamakan.

HSBC dijangka memilih CEO barunya daripada sekumpulan calon dalamannya, dengan namanya mungkin diumumkan seawal Julai, kata dua sumber lain yang mengetahui mengenai perkara itu, lapor agensi berita Reuters.

HSBC berminat mengekalkan bakat terbaiknya selepas melakukan beberapa perubahan dalaman dan sedang ia menghadapi pelbagai cabaran, termasuk ketegangan antara Britain dengan China, yang merupakan pasaran utamanya, serta prestasi harga saham yang kurang memberangsangkan.

Tiga pemegang saham, termasuk dua daripada 20 pemegang saham terbesar HSBC, melahirkan kebimbangan pelantikan CEO baru itu boleh menyebabkan lebih banyak pergolakan dalam kalangan kakitangan pengurusan bank tersebut.

Misalnya, memilih Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Encik Georges Elhedery, sebagai CEO, bermakna peranan CFO akan disandang oleh eksekutif ketiga dalam masa kurang tiga tahun.

“Kenaikan pangkat akan menyebabkan jawatan kosong di tempat lain, dan kegiatan mengitar jawatan ini boleh menimbulkan masalah jika tidak diurus dengan baik,” kata salah seorang pelabur itu.

Projek yang ditugaskan semula itu dijangka datang dengan insentif gaji besar kerana ia membentuk bahagian besar daripada penunjuk prestasi utama (KPI) Encik Quinn, menurut laporan ganjaran HSBC.

Pakej gaji Encik Quinn meningkat seganda dari 2022 pada 2023 kepada £10 juta ($17.3 juta).

Jawatankuasa pencalonan bank itu dijangka memilih CEO barunya daripada sekumpulan eksekutif yang termasuk Encik Georges Elhedery; ketua perniagaan kekayaan, Encik Nuno Matos; ketua Eropah, Encik Colin Bell; dan ketua bank pelaburan, Encik Greg Guyett.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg