Topik diikuti
Pergi ke BHkuHSR galak minat warga setempat niaga, beli hartanah, kerja di M'sia

YAKIN PERKEMBANGANNYA: Cik Hayati merancang menggiatkan lagi operasi perniagaannya di Malaysia yang akan menjadi lebih mudah dengan adanya HSR. - Foto ihsan HAYATI KASMAN -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 27, 2016 | 5:30 AM
MENJALANKAN perniagaan, membeli rumah atau bekerja di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik bagi rakyat Singapura apabila projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura siap pada 2026.
Hubungan rel yang mengambil masa 90 minit sahaja antara Kuala Lumpur (KL) dengan Singapura itu akan meningkatkan bilangan pekerja, pelancong dan pelabur yang berulang-alik antara kededua negara, menurut para peniaga dan pengamat.
