Premium
Hujan antara sebab niaga Tahun Baru Cina lembap
Jan 25, 2017 | 5:30 AM
JUALAN MURAM: Seorang peniaga di Temple Street sedang membuang air hujan yang terkumpul di khemahnya ekoran hujan lebat. - Foto THE STRAITS TIMES -
PERNIAGAAN di bazar perayaan Tahun Baru Cina telah terjejas tahun ini oleh cuaca hujan, ramalan ekonomi lembap dan perayaan itu disambut dengan tahun baru dalam kalendar masihi.
Menurut laporan The Straits Times, Encik Ang Cheng Hoy, 70 tahun, yang menjual perhiasan di Chong Pang, berkata penjualan merosot sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu kerana lebih ramai pelanggan ikat perut kerana bonus lebih rendah dan ramalan ekonomi yang muram.

