GHAIRAH! Itulah perasaan Cik Sumarni Omar ketika mengetahui bermulanya pembukaan Fasa Kedua selepas pemutus litar jangkitan Covid-19.

Cik Sumarni berkata, perkara utama yang dilakukan adalah menghubungi semua pelanggannya bagi membuat janji temu, selain perlu menggunakan kod QR bagi tujuan menjejak kontak selain memastikan jarak selamat dan pelitup digunakan setiap masa.