Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ikea pastikan pekerja selesa kembali bekerja di pejabat

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



IKEA telah mencipta semula ruang pejabatnya di Ikea Tampines, untuk dijadikan contoh bagi syarikat yang mahu menjadikan kehidupan di tempat kerja sama selesa di rumah.



Ini sedang lebih banyak syarikat mengarahkan lebih ramai pekerja kembali semula ke pejabat menyusuli pelonggaran langkah keselamatan.



Menurut kenyataan syarikat peruncit kelengkapan rumah utama itu, Ikea untuk Perniagaan, konsep yang dilancarkan semula, boleh dipasang di sebarang ruang perniagaan - daripada pusat jagaan kanak-kanak kepada sebuah restoran - tetapi ia memberi tumpuan kepada pejabat buat masa ini.



Rekaan itu 'lahir' apabila Ikea memutuskan selepas sembilan bulan bekerja dari rumah, bahawa ia memerlukan sebuah pejabat yang dibina semula bagi memenuhi garis panduan jarak sosial dan mewujudkan ruang untuk memberi inspirasi kepada mereka yang ingin kembali ke tempat kerja.



Ikea berkata ia bersedia membantu syarikat mengubah ruang kerja dan menyediakan pelbagai khidmat yang termasuk khidmat perancangan dalaman, penyelarasan projek dan pemasangan.



Antara ciri menarik yang diketengahkan termasuk konsep pejabat 'hot desk' dengan pelbagai jenis meja yang boleh dipilih; ruang fleksibel untuk bertemu, seperti ruang menghijau terbuka berbanding dengan sekitaran meja kerja biasa sebelum ini dan pod mesyuarat maya, iaitu bilik kecil untuk membuat panggilan dan mesyuarat menerusi huraian digital.



Timbalan Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara, Encik Mike King berkata:



"Pasukan amat terpegun dan gembira apabila kembali ke tempat kerja dan kami berharap untuk membawakan pengalaman serupa kepada syarikat lain.



"Kami amat ghairah untuk melancarkan semula Ikea untuk Perniagaan, bagi membantu syarikat mencipta semula ruang kerja mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >