Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IMF: Ekonomi akan lebih buruk; kuncup 3% "terlalu optimistik"

May 9, 2020 | 6:30 PM
KEADAAN EKONOMI SEDUNIA: Pada April lalu, IMF memberi amaran ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan terburuk sejak Zaman Kemelesetan.
KEADAAN EKONOMI SEDUNIA: Pada April lalu, IMF memberi amaran ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan terburuk sejak Zaman Kemelesetan. - - Foto: AFP

ROME: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan keadaan ekonomi dunia akan menjadi lebih buruk, menyifatkan penguncupan 3 peratus yang diramalkan sebelum ini sebagai "terlalu optimistik".

Pengarah Urusan IMF, Cik Kristalina Georgieva, dalam sidang televideo di Florence berkata, petanda yang semakin buruk di beberapa negara akan menjejas ramalan awal itu.

"Data ekonomi mendatang bagi banyak negara kini berada di bawah nilai pesimistik untuk 2020. Tanpa ada huraian perubatan yang segera, keadaan akan menjadi lebih buruk untuk beberapa ekonomi," katanya.

Pada April lalu, IMF memberi amaran ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan terburuk sejak Zaman Kemelesetan.

Sekiranya pandemik reda pada separuh kedua 2020, pertumbuhan ekonomi dunia akan kembali meningkat 5.8 peratus pada 2021, menggambarkan pemulihan sebahagiannya, kata IMF bulan lalu.

"Kelakuan yang tidak diketahui mengenai virus ini mengelabui jangkaan," kata Cik Georgieva semalam.

"Sekiranya kita paling lewat punya rawatan dan penawar pada awal 2021, kita boleh menjangkakan pemulihan," ujarnya, sambil menekankan ujian dan pengesanan perlu dilaksanakan dengan meluas berbanding sekarang.

Pandemik koronavirus sejauh ini telah mengorbankan lebih 270,000 orang di seluruh dunia, dengan 85 peratus di Eropah dan Amerika Syarikat, sejak ia bermula di China pada Disember tahun lalu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg