Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IMF: Ekonomi dunia akan hadapi kemelesetan terburuk

Apr 15, 2020 | 10:51 AM
KEADAAN BURUK: Sekiranya pandemik mula reda pada separuh pertama 2020 dan tindakan dasar diambil di seluruh dunia berkesan dalam membendung kemuflisan firma-firma sedunia, kehilangan pekerjaan yang berlanjutan, dan ketegangan ekonomi yang meluas, kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi jagat pada 2021 akan kembali melonjak ke 5.8 peratus.
KEADAAN BURUK: Sekiranya pandemik mula reda pada separuh pertama 2020 dan tindakan dasar diambil di seluruh dunia berkesan dalam membendung kemuflisan firma-firma sedunia, kehilangan pekerjaan yang berlanjutan, dan ketegangan ekonomi yang meluas, kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi jagat pada 2021 akan kembali melonjak ke 5.8 peratus. - AFP

EKONOMI dunia akan mengalami kemelesetan paling buruk berbanding Zaman Kemelesetan 1930-an dan krisis kewangan global 2009 akibat pandemik Covid-19, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini.

"Dunia telah berubah sangat mendadak sejak tiga bulan lalu selepas kami melaporkan perkembangan 'Pandangan Ekonomi Dunia' pada Januari lalu. Satu bencana yang jarang berlaku, satu pandemik koronavirus, telah mengakibatkan sejumlah besar nyawa manusia terkorban. Sedang negara-negara melaksanakan langkah kuarantin dan jarak selamat bagi membendung pandemik, dunia kini menjalani Perintah Berkurung Luar Biasa. Keadaan yang sangat besar dan kederasan penutupan aktiviti susulan daripadanya merupakan sesuatu yang belum pernah kita alami sepanjang hayat kita," tulis Ketua Ekonomi IMF, Cik Gina Gopinath, dalam Prospek Ekonomi Dunia terkini.

Menurut beliau sekiranya pandemik dan langkah pembentukan memuncak pada suku kedua tahun ini bagi sebahagian besar negara di dunia, dan setelah itu keadaan mula reda pada separuh kedua tahun tahun ini, IMF menerusi Pandangan Ekonomi Dunia untuk April ini mensasarkan pertumbuhan jagat bagi 2020 akan jatuh ke paras -3 peratus.

"Ini adalah penuruan 6.3 peratusan mata sejak Januari 2020, satu semakan besar-besaran dalam satu tempoh sangat pendek. Ini menjadikan Perintah Berkurung Luar Biasa ini lebih buruk dari Kemelesetan Besar dan lebih teruk dari Krisis Kewangan Global," jelasnya.

Sekiranya pandemik mula reda pada separuh pertama 2020 dan tindakan dasar diambil di seluruh dunia berkesan dalam membendung kemuflisan firma-firma sedunia, kehilangan pekerjaan yang berlanjutan, dan ketegangan ekonomi yang meluas, kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi jagat pada 2021 akan kembali melonjak ke 5.8 peratus.

Pemulihan ekonomi pada tahun depan hanyalah sebahagian sahaja sedang aktiviti dunia dijangka terus kekal di bawah paras yang kami sasarkan untuk 2021. Kerugian terkumpul bagi Keluaran Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) merentasi 2020 dan 2021 akibat daripada krisis pandemik ini boleh mencecah $9 trilion ($12.73 trilion), lebih besar dari ekonomi Jepun dan Jerman bila digabung.

"Ini benar-benar krisis sedunia dan tiada negara yang terkecuali. Negara-negara yang bergantung pada pelancongan, perjalanan, pelayanan, dan hiburan, akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi mereka terjejas teruk. Pasaran baru dan ekonomi yang sedang membangun akan menghadapi cabaran tambahan disebabkan peralihan pengaliran modal yang sangat besar disebabkan dunia tidak lagi mahu menanggung risiko besar, dan dengan tekanan mata wang, sedang negara menanggung sistem kesihatam yang lemah, serta ruang fiskal yang lebih terhad untuk memberi sokongan. Tambahan daripada itu, beberapa negara terjebak dalam krisis ini dalam keadaan rapuh dengan pertumbuhan yang lembab dan tahap hutang yang tinggi," terang Cik Gopinath lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg