Premium
IMF: Ekonomi dunia dijangka lebih buruk
Jun 26, 2020 | 5:30 AM
BINCANG RANCAKKAN EKONOMI: Perwakilan IMF, Bank Dunia dan pemimpin Sepanyol serta negara Latin Amerika sedang melakukan sidang video di Madrid. - Foto AFP -
WASHINGTON: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin memberi amaran bahawa ekonomi sejagat menghadapi kemerosotan lebih mendalam daripada yang diramalkan sebelumnya, dengan pandemik Covid-19 terus menimbulkan ketidakpastian dan perniagaan masih sukar mengharungi ancaman virus itu.
Ramalan itu menggariskan tugas besar yang dihadapi pemerintah sedang mereka menghalusi cabaran yang dibentangkan IMF sebagai kemelesetan ekonomi paling teruk sejak era Kemelesetan Besar.

