Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IMF semak kadar pertumbuhan ekonomi S'pura, beberapa negara Asean ke -1.3%

Apr 16, 2020 | 2:07 PM
GUGAT EKONOMI: Penularan koronavirus menjejas negara-negara sedunia termasuk negara-negara anggota Asean. Kelihatan seorang pekerja pembersihan mengenakan pelindung muka semasa bekerja di jalan raya di Medan, Sumatra Utara, Indonesia,
GUGAT EKONOMI: Penularan koronavirus menjejas negara-negara sedunia termasuk negara-negara anggota Asean. Kelihatan seorang pekerja pembersihan mengenakan pelindung muka semasa bekerja di jalan raya di Medan, Sumatra Utara, Indonesia, - EPA-EFE

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam telah menyemak kadar pertumbuhan ekonomi tahun ini bagi lima negara anggota Asean - Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand - kepada -1.3 peratus akibat penularan koronavirus.

"Negara-negara besar Asean telah memperkenalkan langkah kesihatan awam termasuk perintah berkurung, dan adanya kesan negatif ekonomi akibat jumlah kedatangan pelancong yang kini berkurangan, perdagangan dan penghasilan yang terjejas, dan kesan akibat pasaran kewangan, " kata Encik Changyong Rhee, pengarah Jabatan Asia dan Pasifik di IMF, dalam satu sidang akhbar maya.

Thailand, yang sektor pelancongannya teruk terjejas, akan menyaksikan pertumbuhan negatif 6.7 peratus, katanya.

"Bagi negara-negara seperti Kemboja, Lao, Myanmar dan Vietnam, ekonomi yang berasaskan eksport dan pelancongan akan mengalami kegenjotan besar disebabkan penularan virus meskipun mereka kini mula menyaksikan penurunan dalam penularan virus," kata Encik Rhee.

Dari segi respons, dasar fiskal Singapura yang diluaskan, adalah sesuatu yang belum pernah berlaku, tetapi di mana-masa yang tidak pernah dilihat sebelum ini, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan," ujarnya.

"Ini adalah masa yang diluar jangkaan," kata Encik Rhee. "12 peratus ini adalah sejajar dan mungkin berada di peringkat rendah dari apa yang dilakukan Eropah dan Amerika Syarikat sekarang."

Ia adalah sesuatu "nasib baik" bagi Singapura berupaya meluaskan dasar fiskal, disebabkan dasar konservatifnya sebelum ini, kata Encik Rhee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg