Topik diikuti
Pergi ke BHkuIndustri anjur acara kembali rancak, prihatin kos meningkat
Dec 28, 2022 | 5:30 AM
Industri anjur acara kembali rancak, prihatin kos meningkat
BAGI syarikat penganjur acara Melayu/Islam, tahun ini telah memberikan mereka harapan dengan industri yang beransur pulih selepas dua tahun terjejas oleh pandemik Covid-19.
Lebih banyak acara yang menyasarkan masyarakat Melayu telah dianjurkan secara mega tahun ini yang mendapat sambutan memberangsangkan, kata para pemain industri dari MegaXpress International, MakBesar Pte Ltd dan Chill Outz Events & Entertainment.

