Industri marin, luar pesisiran dan kejuruteraan akan wujudkan 1,500 kerja baru jelang 2025
Premium
Industri marin, luar pesisiran dan kejuruteraan akan wujudkan 1,500 kerja baru jelang 2025
Feb 23, 2018 | 5:30 AM
PERTINGKAT INDUSTRI: Encik Iswaran melancarkan ITM M&OE petang semalam bagi merancakkan industri itu. - Foto EDB -
PERANCANGAN Perubahan Industri (ITM) bagi merombak industri marin, luar pesisiran dan kejuruteraan (M&OE) dilancarkan semalam oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S Iswaran, bagi menjana nilai tambah $5.8 bilion dalam ekonomi dan mewujudkan 1,500 pekerjaan menjelang 2025.
Sebuah badan berbilang agensi yang diketuai oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) telah melakarkan peta tindakan bagi merancakkan industri itu yang sedang menghadapi kelemahan, menurut kenyataan EDB.

