Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi naik bulan lalu sejak setahun

Feb 23, 2021 | 06:58 PM



INFLASI kembali positif bulan lalu, dengan indeks harga pengguna (CPI) naik hingga 0.2 peratus bulan lalu daripada sifar peratus pada Disember.



Ini didorong oleh kenaikan kos pengangkutan dan penginapan swasta yang lebih tinggi, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (23 Februari)



Peningkatan positif itu adalah yang pertama sejak Februari tahun lalu.




Inflasi pengangkutan swasta meningkat daripada 1.2 peratus pada Disember tahun lalu kepada 1.9 peratus bulan lalu disebabkan kenaikan harga kereta yang lebih besar dan kejatuhan harga petrol yang lebih sederhana.



Dalam pada itu, inflasi penginapan bertambah sebanyak 0.2 peratus sedang sewa perumahan meningkat pada kadar yang lebih cepat dengan berakhirnya rebat sewa yang diberikan kepada isi rumah yang tinggal di flat sewa awam, jelas MAS dan MTI.



Bermula Oktober 2020 sehingga Disember 2020, mereka yang tinggal di flat sewa awam telah menerima rebat sewa 50 peratus sebagai sebahagian langkah pemerintah membantu isi rumah menangani kesam ekonomi pandemik Covid-19.



Kos runcit & barang lain jatuh pada kadar yang lebih curam, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan harga produk penjagaan diri, pakaian dan kasut yang lebih besar.



Kos elektrik dan gas pula menyaksikan penurunan yang lebih besar daripada -6.7 peratus pada Disember 2020 kepada -9.7 peratus bulan lalu disebabkan oleh penurunan harga elektrik yang semakin mendadak berikutan semakan semula tarif elektrik.



Sementara itu, inflasi makanan merosot dengan harga makanan tidak dimasak serta makanan restoran meningkat pada kadar yang lebih sederhana.



MAS dan MTI menjangkakan inflasi luaran terus meningkat sedang harga minyak global pulih dalam suku-suku mendatang.



“Di Singapura, tekanan kos dijangka kekal rendah sedang pertumbuhan gaji dan sewa komersial dijangka kekal lemah.



“Inflasi teras diramal akan berubah dan menjadi sedikit positif tahun ini,” kata MAS dan MTI.




Inflasi teras masih negatif iaitu  -0.2 peratus  dari -0.3 peratus pada Disember.



Ini disebabkan penurunan kos perkhidmatan yang lebih kecil.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >