Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Iras dapat kembali $79j cukai, penalti hasil audit ke atas syarikat

Oct 20, 2023 | 03:56 PM



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) mendapat semula cukai dan penalti berjumlah $79 juta antara Julai 2020 dan Jun 2023 daripada syarikat yang membuat kesilapan dalam penyataan cukai pendapatan korporat (CIT) yang difailkan untuk tahun taksiran (YA) 2019 hingga 2021.

Daripada kes yang diaudit, dua pertiga diambil melalui program audit pematuhan Iras, dengan syarikat berisiko lebih tinggi membuat laporan cukai yang salah dipilih untuk diaudit dengan bantuan alat analisis data lanjutan.

Baki kes dikenal pasti daripada sampel rambang dan analisis kualitatif, seperti pemeriksaan dan maklumat yang diterima, untuk memastikan liputan audit yang komprehensif.

Kes yang dipilih menggunakan alat analisis data lanjutan Iras mencapai purata tiga kali pemulihan semula bagi setiap kes ($15,770), berbanding kes yang dipilih daripada sampel rambang atau analisis qualitatif ($5,329), menurut Iras dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Iras mengambil pendekatan berasaskan risiko untuk mengenal pasti dan mengutamakan risiko pematuhan utama
dan mencipta program pematuhan yang sesuai untuk menangani risiko ini.

Data lanjutan alat analitik ini digunakan untuk memprofilkan syarikat mengikut risiko pematuhan mereka.

Menerusi audit itu, empat kesilapan pemfailan cukai dikenal pasti, iaitu:

– Penyataan pendapatan kurang atau tidak dinyatakan disebabkan rekod pendapatan tidak lengkap

– Tuntutan elaun modal (pemotongan yang dibenarkan bagi tujuan percukaian) tidak betul bagi aset yang tidak layak mendapat potongan cukai

– Tidak menggunakan prinsip kewajaran bagi perkhidmatan antara pihak yang ada kaitan (prinsip kewajaran menetapkan bahawa harga transaksi antara dua pihak yang ada kaitan harus sama atau setanding dengan harga transaksi serupa antara pihak yang tiada kaitan)

– Penyimpanan rekod yang lemah dan tuntutan salah oleh syarikat milik atau yang diurus keluarga

Iras menggalak syarikat yang mempunyai urusan cukai yang lebih mudah menggunakan ‘Seamless Filing From Software’ (#SFSS), atau Pemfailan Lancar Daripada Perisian, untuk memfailkan borang C-S mereka bagi membantu mengurangkan kesilapan berkaitan pemfailan.

Ia juga mengingatkan semua syarikat, termasuk yang tidak mempunyai aktiviti perniagaan atau yang dalam kerugian, supaya memfail penyataan CIT untuk YA 2023 sebelum 30 November 2023, kecuali mereka telah menerima surat pengecualian.

Syarikat yang memerlukan bantuan lanjut mengenai pemfailan cukai YA 2023 boleh mengunjungi laman web Iras atau menghubungi Iras menerusi myTax atau talian bantuan 1800-356-862.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >