Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Isca lancar program baru sokong badan amal proses pendigitalan perakaunan, kewangan

Oct 10, 2023 | 05:59 PM



Institut Akauntan Bertauliah Singapura (Isca) memperkenalkan program baru yang menyokong badan-badan amal mendigitalkan proses perakaunan dan kewangan mereka.

Ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pesuruhjaya Badan Amal dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan, menurut ketiga-tiga entiti tersebut pada Selasa, 10 Oktober.

Program itu, yang bertujuan merangsang keupayaan tadbir urus dan perakaunan badan-badan amal tersebut, dijangka menjejas melebihi 2,000 badan amal di Singapura.

Isca akan merintis program itu dengan empat badan amal sebelum pelaksanaan lebih luas pada awal 2024.

Empat firma perakaunan akan menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma. Mereka adalah Perakaunan dan Perkhidmatan Nasihat Helmi Talib, Nexia Singapura, Perkhidmatan Korporat Singapura dan Unity Assurance.

Mereka akan membantu badan-badan amal menyemak dan memperbaiki kerja memproses dan kawalan mereka, memperkukuh pengurusan risiko serta menggalak penggunaan sofwe perakaunan untuk mengukuhkan lagi amalan dokumentasi mereka.

Syarikat sofwe perakaunan dalam talian, Xero, juga akan menawarkan pakej diskaun kepada badan-badan amal yang mendaftar dalam program itu.

Mereka akan mendapat diskaun sebanyak 50 peratus daripada kadar langganan standard Xero buat tiga tahun pertama dan diskaun sebanyak 25 peratus bagi langganan seumur hidup.

Pengerusi Jawatankuasan Perakaunan Badan Amal Isca, Encik Ang Hak Seng, berkata bahawa kos sofwe perakaunan dan peralihan daripada perakaunan manual kepada digital adalah dua cabaran utama yang dihadapi badan-badan amal lebih kecil apabila mereka melaksanakan amalan perakaunan digital.

Prosedur operasi standard juga akan diwujudkan untuk memastikan kesinambungan walaupun selepas ketiadaan perunding. Amalan baik ini akan dikongsi di seluruh sektor, membolehkan pengamalan perakaunan digital yang lebih cepat dalam kalangan lebih banyak badan amal,” kata Encik Ang lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >