Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isetan Singapura keluar amaran kerugian bagi separuh pertama 2020

May 18, 2020 | 8:49 AM
JEJAS PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT: Empat gedung Isetan Singapura (kecuali pasar raya di Isetan Scotts) akan ditutup sehingga 1 Jun di bawah arahan pemutus rantaian jangkitan pemerintah.
JEJAS PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT: Empat gedung Isetan Singapura (kecuali pasar raya di Isetan Scotts) akan ditutup sehingga 1 Jun di bawah arahan pemutus rantaian jangkitan pemerintah. - - Foto: FAIL

ISETAN (Singapura) menjangkakan kerugian untuk separuh pertama 2020, kerana perniagaan runcit yang bersifat kitaran dan gangguan daripada penularan wabak koronavirus novel, kata syarikat itu dalam pengajuan peraturan pada 16 Mei lalu.

Akhbar The Business Times semalam melaporkan, syarikat itu menyatakan penurunan perbelanjaan pengguna pasca Tahun Baru Cina dan serangan wabak menyebabkan penurunan pendapatan untuk suku pertama 2020.

Keempat-empat gedungnya (kecuali pasar raya di Isetan Scotts) akan ditutup sehingga 1 Jun di bawah arahan pemutus rantaian jangkitan pemerintah.

Untuk membantu penyewa di Isetan Wisma Atria, Isetan telah memberikan pengecualian sewa, dan ini seterusnya memberi kesan buruk terhadap pendapatan sewaannya.

Juga, tempoh penyelesaian bagi kerja-kerja ubah elok Isetan Scotts telah ditangguhkan kerana penghentian kerja kerana langkah-langkah pemutus litar, memperburuk gangguan operasi peruncit dan akan terus membebankan peruncit pada separuh kedua tahun ini.

Walaupun langkah-langkah itu ditamatkan, perniagaan mungkin memerlukan beberapa waktu untuk kembali seperti sedia kala kerana jarak selamat masih dilaksanakan.

Malah, pendapatan sewa Isetan Wisma Atria masih dapat dipengaruhi dalam beberapa bulan mendatang, memandangkan wabak itu terus berkembang.

Syarikat telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan perbelanjaan operasinya, tetapi ia mengatakan ada had untuk ini. Selain itu, pihaknya tidak memberhentikan karyawannya kerana mematuhi seruan pemerintah untuk tidak berbuat demikian.

Nilai tunai dan setara tunai berjumlah $25.3 juta sementara pelaburannya yang lain di bawah aset semasa berjumlah kira-kira $22 juta sehingga 31 Mac lalu.

Ia tidak mengharapkan kesukaran untuk memenuhi obligasi jangka pendeknya pada masa ini tetapi ia akan memantau kecairannya secara dekat pada masa ini kerana tidak keadaan masih belum jelas bila wabak ini akan berakhir dan kesannya kepada peruncit.

Kaunter ditutup enam sen lebih rendah pada $2.92 pada Jumaat lalu, sehari sebelum panduan keuntungan dikeluarkan. - The Business Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg