Isu berita palsu: Facebook akur media sosial ancam demokrasi
Premium
Isu berita palsu: Facebook akur media sosial ancam demokrasi
Jan 24, 2018 | 5:30 AM

-
WASHINGTON: Facebook mengakui kelmarin bahawa media sosial berpotensi menimbulkan ancaman kepada demokrasi, berjanji akan mengatasi itu secara langsung dan menjadikan platformnya satu kuasa bagi "kebaikan".
Komen daripada rangkaian sosial terbesar di dunia itu adalah respons terbarunya terhadap kritikan hebat kerana gagal menghentikan penyebaran maklumat salah dalam kalangan dua bilion penggunanya, yang paling besar semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2016.

