SELEPAS lebih empat tahun bekerja sebagai jurutera sistem di sebuah syarikat binaan, Encik Mohamed Haziq Azman berasakan sudah tiba masanya untuk beliau meneroka peluang kerjaya baru.

Hasil pencariannya, beliau menemui Program Penyerapan Teknologi dalam Kewangan (TFIP) yang menyediakan individu pertengahan kerjaya seperti beliau peluang dilengkapi dengan kecekapan bagi kerjaya teknologi dalam sektor pertumbuhan seperti khidmat kewangan.