Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Jam mewah sebagai pelaburan alternatif dalam sekitaran inflasi tinggi?

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



MINAT Encik Imran Md Ali mula mengumpul jam tangan mewah pada 2018 menjadi satu hobi yang menguntungkan.



Ia bermula apabila beliau membeli seutas jam tangan Rolex Submariner pada harga $13,000 dan apabila beliau menjualnya kembali pada harga $19,000, beliau mendapat untung sebanyak $6,000.



Pemilik firma bimbingan perniagaan Catalyst Initiative, merupakan antara penggemar mengumpul jam tangan mewah di Singapura dan menjadikannya sebagai satu pelaburan alternatif.



Di tengah-tengah inflasi yang meningkat, pelaburan alternatif dalam barangan koleksi seperti jam tangan dan beg mewah merupakan satu pilihan bagi pelabur.



Sebuah laporan 10 tahun menunjukkan bahawa secara purata harga jam tangan Rolex meningkat dari AS$5,000 ($6,893) pada 2011 kepada lebih AS$13,000 sekitar akhir tahun lalu. Jam tangan Audemars Piguet Royal Oak yang mempunyai permintaan tinggi didagangkan sebanyak 376 peratus daripada harga runcit pada Disember tahun lalu.



Koleksi mewah ini boleh diklasifikasikan sebagai pertama, aset yang mengekalkan nilai (store in value) yang mempunyai risiko dan ketidaktentuan rendah yang secara umum memberi pulangan sederhana, atau kedua, aset pertumbuhan modal yang mempunyai risiko sederhana hingga tinggi.



Oleh kerana jam tangan ini dapat mengekalkan nilai, ia dianggap baik bagi melindungi daripada inflasi - sebab yang sama mengapa pelabur membeli emas.



Namun, tidak seperti saham yang boleh dibeli dengan pantas, pelabur baru yang ingin membeli jam tangan mewah perlu menunggu masa lebih lama.



Mereka perlu menunggu lama, terutama bagi model yang popular, kata peniaga jam tangan. Mereka juga perlu meletakkan nama mereka dalam senarai mereka yang berminat mendapatkan jam tangan tersebut.



"Walaupun kita meletakkan nama kita dalam senarai menunggu dengan butik jam tangan itu, mereka tidak semestinya memberikan jam tangan itu kepada kita. Sebaliknya, mereka akan mengutamakan pelanggan yang biasa beli dengan mereka. Pelanggan ini mungkin membeli beberapa utas jam tangan lain sebelum penjual mengusulkan jika mereka berminat membeli jam yang diburu ramai seperti Audemars Piguet, Patek Philippe dan Rolex,'' ujar bapa dua orang anak berusia 38 tahun itu.



Ia difahamkan bahawa ia mengambil masa sehingga dua tahun bagi membeli model jam mewah popular di peniaga-peniaga yang bertauliah di sini.



Oleh kerana Rolex mengawal proses perkilangan dan rantaian bekalan, ia bermakna mendapatkan jam tangan mewah memerlukan penantian memandangkan permintaan bagi jam tangan tersebut lebih tinggi daripada bekalan.



Selain masa menunggu yang lama, harga jam tangan juga telah meningkat akibat amalan 'membeli dan menjual' pada jangka masa yang pendek atau apa yang dikenali sebagai 'flipping'.



Ini berlaku apabila jam tangan itu dijual di kedai-kedai jam atau melalui wadah dalam talian pada harga jauh lebih tinggi.



Jadi, seutas jam tangan Rolex, misalnya, boleh dibeli di butik jam pada harga $14,000 tetapi dijual semula pada harga setinggi $30,000.



Menurut Encik Imran, harga jam tangan mewah meningkat dengan banyak tahun lalu semasa pandemik Covid-19 disebabkan orang ramai tidak dapat melancong dan membelanjakan duit mereka di dalam negeri.



"Berbanding dengan rumah yang tidak boleh dijual dengan pantas, jam tangan mewah boleh dijual dengan pantas pada harga yang tinggi. Tetapi, ia juga mempunyai risiko. Misalnya, jika dalam keadaan kemelesetan, seseorang yang memiliki enam atau tujuh utas jam tangan mewah, berkemungkinan menjual jam tangan mewah tersebut daripada menjual rumahnya,'' kata beliau, yang enggan mendedahkan koleksi jam tangan mewah yang dimiliki.



Nasihatnya bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam pelaburan ini agar menumpukan perhatian kepada jam tangan bermodel 'sports' daripada tiga jenama iaitu Audemars Piguet, Patek Philippe, dan Rolex dan membeli jam tangan keluli kerana ia mempunyai permintaan yang lebih tinggi.



"Saya sendiri lebih cenderung membeli jam tangan yang sedang hangat diperkatakan dan dipromosikan secara meluas dalam media sosial kerana ia bermakna permintaannya tinggi,'' tambah beliau, yang turut menyertai kumpulan penggemar jam tangan mewah di sini.




"Berbanding dengan rumah yang tidak boleh dijual dengan pantas, jam tangan mewah boleh dijual dengan pantas pada harga yang tinggi. Tetapi, ia juga mempunyai risiko."
- Encik Imran Md Ali, 38 tahun, penggemar mengumpul jam tangan mewah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >