Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

JTC lancar jualan tiga tapak perusahaan pemerintah

Dec 27, 2016 | 12:18 PM
JTC telah melancarkan dua tapak Senarai Pasti di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan Tuas South Link 3 (Plot 17) .
JTC telah melancarkan dua tapak Senarai Pasti di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan Tuas South Link 3 (Plot 17) . - GAMBAR JTC

JTC telah melancarkan jualan dua tapak Senarai Pasti di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan Tuas South Link 3 (Plot 17), serta satu tapak Senarai Simpanan di Tuas South Link 1 (Plot 13) di bawah separuh kedua Program Jualan Tanah Perusahaan Pemerintah (IGLS).

Ini dua tapak terakhir daripada tujuh tapak Senarai Pasti, dan terakhir daripada tiga tapak Senarai Simpanan, menurut satu kenyataan media JTC pada Selasa (27 Dis).

Tapak di bawah sistem simpanan akan dijual hanya jika ia menerima tawaran harga minimum yang boleh diterima Pemerintah atau apabila terdapat minat pasaran yang mencukupi bagi tapak tersebut.

Tapak 0.88 ha di Woodlands Industrial Park E8/E7 dan tapak 0.49 hektar di Tuas South Link 3 (Plot 17) dizonkan bagi pembangunan Perniagaan-2, masing-masing dengan dengan nisbah plot 2.5 dan 1.4.

Kedua-dua tapak mempunyai tempoh 20 tahun.

Nisbah plot (PR) merujuk kepada nisbah keluasan lantai (FA) sesuatu bangunan pada keluasan tapaknya.

Tapak 2.41 ha Senarai Simpanan di Tuas South Link 1 (Plot 13) juga dizonkan bagi pembangunan Perniagaan-2 dan mempunyai tempoh 20 tahun, dengan PR 2.0.

JTC agensi pemerintah bertanggungjawab bagi pembangunan prasarana perusahaan bagi menyokong dan menjadi mangkin pertumbuhan perusahaan, dan pelancaran tapak itu sebahagian daripada usaha Pemerintah menawarkan lebih banyak pilihan untuk pembangunan perusahaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg