Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Juadah berpaket guna teknologi 'ready-to-eat'

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



BERMULA sejak pandemik Covid-19, pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli, melihat sekatan demi sekatan menjejas penjualannya.



Beliau terfikir cara bagi memperkenalkan produk yang membolehkan pelanggan membeli dengan cepat untuk dibawa ke rumah dan dapat dijual di mesin layan diri.



Menggunakan teknologi ready-to-eat (RTE), beliau memperkenalkan hampir 20 jenis RTE atau makanan yang siap dimakan.



Makanan berpaket itu hanya perlu direndamkan dalam air panas dan sedia dimakan. Ia boleh bertahan selama enam bulan hingga setahun pada suhu darjah bilik.



"Covid-19 telah menjejas penjualan kami. Peraturan yang sentiasa berubah menyukarkan kami.



"Saya mula berinovasi dan memperkenalkan makanan berdasarkan teknologi RTE bagi memudahkan pelanggan dan meningkatkan penjualan kami. Mereka yang tidak mahu ke pasar kerana kes Covid-19 yang meningkat boleh membeli di tiga mesin layan diri dan di kedai,'' kata Encik Badrol, yang mempunyai lima cawangan termasuk yang terbaru di Singapore Expo.



Beliau melakukan banyak penyelidikan dan pengembangan (R&B) bagi menghasilkan produk yang berkesan.



Antara produk yang dijual termasuk sambal tumis sotong dan ikan bilis, sambal goreng pengantin, tulang merah, rendang kambing dan dan lemak cili padi siput sedut.



"Saya dapati semasa Covid-19, banyak pertubuhan yang ingin membantu dan menyokong golongan memerlukan. Namun, makanan yang dimasak kadang-kala boleh menjadi basi dan tidak tahan lama. Teknologi ini membolehkan makanan RTE itu diberikan kepada mereka kerana ia tahan lama,'' jelasnya.



Teknologi itu juga membolehkan beliau mengambil tempahan yang besar.



"Oleh kerana Covid-19, mendapatkan tenaga kerja juga sukar. Ini menjejas operasi F&B. Pernah saya mendapat tempahan nasi beriani bagi 7,000 hingga 8,000 pelanggan. Dengan RTE, cabaran ini dapat dihuraikan,'' tambahnya.



Syarikat itu bakal menjual pek makanan RTE di dua buah mesin layan diri seperti di pusat beli-belah Hillion Mall dan Pusat Stephen Riady Universiti Nasional Singapura (NUS) yang diuruskan syarikat One Vibes Nation Vending & Franchise Management. Ketika ini, dua mesin itu menjual makanan beku dari Boon Lay Power Nasi Lemak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >