Jualan Bazaar Kita pada Ramadan capai lebih $600,000, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

Jualan Bazaar Kita pada Ramadan capai lebih $600,000

Jumlah lebih tinggi daripada matlamat $500,000 yang ditetapkan peniaga
Jun 10, 2021 | 05:30 AM

PENJUALAN yang diraih oleh para peniaga yang menyertai bazar Ramadan dalam talian, Bazaar Kita, mencapai lebih $600,000, mengatasi matlamat yang ditetapkan sebanyak $500,000.

Dibentuk bersama oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), bazar itu disertai 124 peniaga sejak dilancarkan pada 1 April lalu.

Berbeza dengan bazar Ramadan dalam talian tradisional, Bazaar Kita bekerjasama dengan firma-firma dagangan elektronik utama seperti Shopee dan GrabMart serta wadah penghantaran makanan tempatan, Bungkus, bagi menyediakan keperluan masyarakat dalam bulan puasa dan Hari Raya.

"Bazaar Kita berjaya menarik 124 peniaga, termasuk 54 peniaga yang mewakili mereka yang baru berdaftar dengan rakan-rakan teknologi kami. Ini merupakan satu pencapaian besar kerana sebahagian misi wadah kami ialah meningkatkan dan mendalami lagi usaha peniaga menembusi pasaran digital agar mereka dapat dilengkapi dengan lebih baik dalam sekitaran runcit yang pesat berubah,'' ujar DPPMS semalam.

DPPMS bekerjasama dengan peniaga bagi membantu mereka dalam usaha digitalisasi dari menyertai dan mempromosikan 'kedai digital' mereka.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sepanjang kempen Ramadan itu, mereka menarik lebih 25,000 tatapan halaman, dengan sebahagian besar merupakan orang dewasa berusia 25 hingga 34 tahun yang biasa dengan pembelian dalam talian.

Penjualan sebanyak $600,000 itu diraih daripada lebih 10,000 urus niaga pembelian.

Urus niaga itu dari tiga kategori iaitu hidangan makanan panas (yang merangkumi 41 peratus daripada peniaga), snek (34 peratus) dan gaya hidup (10.5 peratus).

Seorang peniaga yang menjual pakaian Bayan Singapore, Cik Siti Nor Hydayah, berkata Bazaar Kita membantunya menyediakan pengalaman runcit yang mudah dan pantas bagi pelanggannya.

"Ia juga meningkatkan kesedaran terhadap jenama kami dan memberikan kami pelaung mendekati lebih ramai pembeli dan pengikut kami. Pengikut kami telah meningkat lebih 200 dalam tempoh empat minggu,'' ujar Cik Siti, yang pertama kali menggunakan wadah dagangan elektronik dalam talian.

Pemilik MadebyRappa yang menjual biskut Raya, Cik Nena Rappa, mengongsi bahawa beliau mendapat tempahan setiap hari sepanjang bulan itu.

"Melihat kejayaan Bazaar Kita yang membantu perniagaan saya dan perniagaan di rumah yang lain, saya yakin trend bazar dalam talian ini akan berterusan selepas Hari Raya,'' katanya.

Ketua penghantaran Grab Singapore, Encik Ngiam Xin Wei, amat terdorong melihat banyak peniaga yang menjual produk halal menyertai wadahnya melalui kempen itu.

"Ia (Bazaar Kita) telah menambah pelbagai produk yang dijual termasuk snek, bahan makanan, pencuci mulut, daging beku dan bahan memasak serta membuat kek dan biskut,'' ujarnya.

Ketua Pegawai Komersial Shopee, Encik Zhou Junjie, melahirkan komitmen menyokong perniagaan setempat dan memenuhi keperluan masyarakat Singapura yang pelbagai.

"Kami gembira melihat kesan positif hasil kerjasama ini yang membantu penjual tempatan kami dan ingin bekerjasama dengan DPPMS dan WGS pada masa hadapan dalam musim perayaan seperti Ramadan,'' ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map