Premium
Jualan kolektif rancak
Nilai urus niaga jualan kolektif melonjak $2.65 bilion bagi 2021 sejauh ini berbanding $127 juta tahun lalu
Dec 27, 2021 | 5:30 AM

PENJUALAN TERBESAR: Penjualan projek campuran Peace Centre/Peace Mansion merupakan penjualan yang terbesar dari segi harga jualan tahun ini. Projek ini merupakan antara dua hartanah District 9 yang menyumbang kepada lebih $1.2 bilion, atau hampir separuh daripada jumlah jualan tahun ini. - Foto JLL SINGAPORE -
NILAI urus niaga jualan kolektif melonjak kepada lebih $2.65 bilion untuk 2021 sejauh ini, daripada hanya $127.3 juta tahun lalu, sedang pemaju merebut tanah di lokasi terpilih.
Sebanyak 10 tapak jualan kolektif telah dijual kepada pemaju untuk 2021 sejauh ini, menurut agensi hartanah JLL Singapore, lapor The Straits Times (ST).

