Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura naik 4%, lebihi jangkaan

Oct 5, 2023 | 6:57 PM
JUALAN RUNCIT NAIK: Jualan runcit Singapura naik 4 peratus pada Ogos, menurut perangkaan Jabatan Statistik Singapura (SingStat).
JUALAN RUNCIT NAIK: Jualan runcit Singapura naik 4 peratus pada Ogos, menurut perangkaan Jabatan Statistik Singapura (SingStat). - SPH Media Limited

Jualan runcit Singapura meningkat 4 peratus pada Ogos, naik daripada pertumbuhan yang disemak sebanyak 1.3 peratus pada Julai, dan lebih tinggi daripada ramalan.

Demikian menurut perangkaan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) yang dikeluarkan pada Khamis.

Perangkaan Ogos itu lebih tinggi daripada median, atau nilai tengah, kenaikan 0.9 peratus yang dijangka oleh pakar ekonomi sektor swasta yang ditinjau Bloomberg.

Setelah diselaraskan secara musiman berdasarkan bulanan, jualan runcit naik 1.7 peratus, melanjutkan pengembangan yang disemak yang sebanyak 0.8 peratus pada Julai.

Anggaran jumlah nilai jualan runcit pada Ogos ialah $4 bilion, dengan jualan dalam talian menyumbang 12.2 peratus.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit masih berkembang sebanyak 3.7 peratus daripada tempoh sama tahun lalu, dan naik 1.9 peratus setelah diselaraskan secara musiman.

Dari segi tahun ke tahun, kebanyakan kategori jualan runcit mencatat pertumbuhan pada Ogos.

Peningkatan terbesar tahun ke tahun pada Ogos disumbang oleh industri makanan dan alkohol (24.1 peratus), terutamanya disebabkan permintaan lebih tinggi bagi produk alkohol, termasuk yang dijual di kedai bebas cukai.

Jualan di pasar mini dan kedai serbaneka meningkat 8.8 peratus, manakala jualan kenderaan meningkat 6.4 peratus.

Jualan juga meningkat bagi pasar raya dan pasar raya besar (1.1 peratus).

Sebaliknya, jualan di kedai minyak petrol merosot 2.7 peratus pada Ogos.

Jualan tahun ke tahun mendatar untuk barangan rekreasi.

Katerer makanan menyaksikan pendapatan meningkat sebanyak 3.7 peratus, setelah diselaraskan secara bulanan.

Perkhidmatan makanan dan minuman mencatat pendapatan berjumlah $1 bilion, dengan jualan dalam talian dianggarkan menyumbang 23.1 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg