Premium
Jualan semula kondominium kembali rancak pada Feb
Mar 29, 2023 | 5:30 AM
SEBAB KENAIKAN: Para pengamat hartanah mengaitkan peningkatan dalam aktiviti jualan bulan Februari dengan kemungkinan permintaan terpendam selepas cuti akhir tahun dan tempoh senyap semasa perayaan Tahun Baru Cina. - Foto ST -
PASARAN kondominium jualan semula kembali rancak pada Februari lalu, selepas tempoh sepi berikutan Tahun Baru Cina pada bulan sebelumnya, dengan harga meningkat sebanyak 1.4 peratus.
Lebih banyak Unknown kondominium jualan semula bertukar tangan pada Februari, dengan sekitar 756 unit dijual semula, iaitu peningkatan 50.3 peratus daripada 503 unit pada sebelumnya, menurut perangkaan awal oleh portal hartanah, 99.co dan SRX yang dikeluarkan pada Selasa.

