Premium
Jumlah ahli DPPMS capai paras tertinggi dalam 10 tahun
Feb 4, 2016 | 5:30 AM
BERBALOI: Keanggotaan DPPMS kini mencapai paras tertinggi sejak 10 tahun lalu melebihi 500 menyusuli pelbagai program, kegiatan dan skim bantuan anjuran Dewan yang dapat dimanfaatkan peniaga Melayu-Islam. - Foto fail -
JUMLAH anggota Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mencecah 518 pada akhir tahun lalu - paras tertinggi sejak 10 tahun lalu.
Ini merupakan kenaikan 164 peratus, berbanding 196 anggota pada 2014, ekoran lebih banyak peniaga Melayu/Islam tampil mendapatkan bantuan dan menyertai kegiatan yang dianjurkan Dewan.

