Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah ejen rumah berkurangan 1,583 kepada 30,423 orang

Oct 5, 2016 | 2:17 PM
Flat di Bukit Batok Central. Angka daripada laporan tahunan Majlis Agensi Hartanah (CEA) menunjukkan 1,307 ejen menyertai industri hartanah dalam tempoh setahun hingga mac lalu, berkurangan daripada 1,654 pada tahun fiskal sebelumnya.
Flat di Bukit Batok Central. Angka daripada laporan tahunan Majlis Agensi Hartanah (CEA) menunjukkan 1,307 ejen menyertai industri hartanah dalam tempoh setahun hingga mac lalu, berkurangan daripada 1,654 pada tahun fiskal sebelumnya. - GAMBAR FAIL ST

DENGAN pasaran hartanah masih menurun, angka yang dikeluarkan pada Rabu (5 Okt) menunjukkan bilangan ejen hartanah berlesen berkurangan 1,583 kepada 30,423 orang dalam tempoh setahun hingga Mac lalu.

Jumlah itu kira-kira 5 peratus lebih rendah daripada 32,006 ejen pada tempoh sama tahun lalu.

Angka daripada laporan tahunan Majlis Agensi Hartanah (CEA) juga menunjukkan 1,307 ejen menyertai industri itu, berkurangan daripada 1,654 pada tahun fiskal sebelumnya.

Bagaimanapun, bilangan ejen yang membiarkan lesen mereka tamat berkurangan kepada 2,890 daripada 3,146 orang pada tahun sebelumnya.

CEA berkata ada beberapa sebab pendaftaran tidak diperbaharui, termasuk ejen "berihat" atau meninggalkan industri itu.

Bilangan agensi hartanah juga berkurangan, sebanyak 50 kepada 1,372 pada akhir Mac, daripada 1,422 tahun lalu. Ini kesan bersih 108 syarikat tutup kedai dan kira-kira 58 ditubuhkan.

CEA juga berkata jumlah aduan pelanggan bagi setiap 1,000 transaksi berkurangan dengan stabil - kepada kira-kira 4.5 bagi tempoh setahun hingga Mac lalu, daripada kira-kira lima pada tahun fiskal lalu dan sekitar 15 enam tahun lalu.

Namun, bilangan aduan bertambah kepada 780 daripada 702 sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg