Jumlah syarikat lewat bayar bil susut dalam suku pertama
Premium
Jumlah syarikat lewat bayar bil susut dalam suku pertama
Apr 4, 2018 | 5:30 AM
TAMBAH BAIK: Sektor binaan, walaupun yang paling lemah dari segi pembayaran lewat, telah menunjukkan kemajuan. - Foto fail -
WALAUPUN sektor binaan mencatatkan kelewatan pembayaran bil tertinggi berbanding sektor-sektor lain, ia menunjukkan pemulihan bagi suku pertama tahun ini berbanding suku keempat tahun lalu.
Perangkaan Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB) menunjukkan kontraktor yang lewat membayar bil susut sebanyak 7.69 peratusan mata untuk mencapai tahap 49.14 peratus bagi suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini, berbanding 56.83 peratus pada suku keempat tahun lalu, menurut kenyataan SCCB.

