Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah transaksi hartanah S’pura hampir sama dengan HK

Hong Kong catat 107 transaksi hartanah merentasi pejabat, kediaman dan hotel manakala S’pura catat 96 transaksi pada 2023
Dec 11, 2023 | 04:12 PM



HONG KONG: Singapura semakin menghampiri jumlah peneraju dan pesaingnya, Hong Kong dalam transaksi hartanah, sedang ia meraih manfaat daripada statusnya sebagai ‘syurga kekayaan’ di sini.


Sebaliknya, negara saingan, Hong Kong pula kini terjejas dengan penjualan hartanah yang lebih lembab.

Setakat ini pada 2023, Hong Kong telah mencatat 107 transaksi hartanah peringkat entiti yang merentasi sektor termasuk pejabat, kediaman dan hotel.

Singapura pula mencatat 96 transaksi hartanah, menurut data aset sebenar Indeks Modal Antarabangsa Morgan Stanley (MSCI), lapor The Business Times (BT).


Transaksi hartanah di Hong Kong adalah 62 peratus lebih rendah berbanding 2021, manakala Singapura pada umumnya berjaya mengekalkan kedudukannya walaupun dengan kos pinjaman tinggi.

Angka tersebut termasuk transaksi hartanah bernilai sekurang-kurangnya AS$10 juta ($13.4 juta).

Peralihan dalam transaksi itu mencerminkan trend di Singapura yang dirangsang oleh kemasukan harta kekayaan dan bakat.

Ini menyebabkan permintaan bagi pejabat kekal tinggi, harga rumah meningkat dan kenaikan mendadak harga sewa.

Sebagai perbandingan, Hong Kong kini dilanda kemerosotan berpanjangan dalam bidang hartanah, terutamanya dalam permintaan untuk pejabat, disebabkan sekatan pandemik selama bertahun-tahun, kesukaran ekonomi China dan ketegangan geopolitik yang meningkat.

Aktiviti pelaburan hartanah juga boleh digunakan sebagai pengukur prospek perniagaan, kata Ketua Penyelidikan aset sebenar Asia MSCI, Encik Benjamin Chow.

“Pada 2023, kami mula melihat lebih banyak aset Hong Kong didagang pada (harga) rugi berbanding harga ia diperoleh,” kata Encik Chow.

“Sebaliknya, sebahagian besar aset Singapura yang dijual beli terus menunjukkan pertumbuhan modal kukuh berbanding harga pemerolehan aset,” tambahnya.

Dalam salah satu transaksi terbesar Hong Kong pada 2023, penerima menjual Goldin Financial Global Center kepada PAG dan Mapletree Investments dalam satu penjualan paksa.

Penjualan bernilai HK$5.6 bilion ($962 juta) itu adalah “pada diskaun besar kepada kos penggantian”, kata PAG dan Mapletree dalam satu kenyataan pada Januari.

Di Singapura, aset pusat beli-belah Changi City Point milik Frasers Centrepoint Trust dijual pada harga premium 11 peratus berbanding harga pemerolehan, dengan hasil 4.3 peratus bagi pelabur, berdasarkan pendapatan hartanah bersih, menurut penganalisis di Citigroup.

Dari segi jumlah pelaburan, Singapura mencatat jumlah AS$7.53 bilion sejauh ini pada 2023, manakala Hong Kong pula merekodkan jumlah AS$5.27 bilion.

Bilangan transaksi lebih besar dengan jumlah nilai transaksi lebih kecil biasanya menunjukkan pembeli hartanah di Hong Kong adalah penggunanya sendiri, berbanding pembeli di Singapura, kata Ketua Penyelidikan Asia-Pasifik Perkhidmatan Hartanah Komersial Global (CBRE), Encik Henry Chin.

Contohnya, Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC) Hong Kong pada November bersetuju membeli 12 tingkat di sebuah bangunan menara pejabat pada harga HK$5.4 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >