Industri hotel merupakan antara sektor yang paling terjejas semasa pandemik Covid-19 ini dek sekatan perjalanan yang dikenakan banyak negara seluruh dunia. Namun, beberapa hotel di sini telah mengambil kesempatan semasa waktu lembap ini untuk menjalankan transformasi dalam usaha mempertingkat produktiviti dan kecekapan kerja selain membolehkan kakitangan mereka meraih kemahiran baru. Demi membantu majikan, agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) menyediakan Program Peningkatan Kemahiran Rekaan Semula Pekerjaan bagi industri hotel yang menyediakan sokongan gaji untuk membantu hotel melatih dan mempertingkat kemahiran pekerja supaya mereka dapat menggalas peranan kerja yang direka semula. Berikut kisah dua pekerja yang berpeluang menimba kemahiran teknologi.
MESKIPUN sekatan perjalanan dikenakan di banyak negara seluruh dunia akibat Covid-19, kadar penginapan di hotel Capri by Fraser terus kekal tinggi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg