Premium
Juruterbang British Airways mula mogok
Sep 10, 2019 | 5:30 AM
SUNYI SEPI: Tidak ada penumpang menunggu giliran di Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow. Ia sunyi senyap selepas mogok yang dilancarkan oleh juruterbang British Airways semalam. - Foto REUTERS -
LONDON: Juruterbang syarikat penerbangan British Airways (BA) memulakan mogok dua hari, semalam, sehingga menyebabkan hampir semua penerbangan syarikat itu terkandas dan menjejaskan ribuan penumpang dalam pertikaian membabitkan gaji.
Syarikat itu adalah sebahagian daripada kumpulan International Airlines Group (IAG). Ia membatalkan 1,700 dari dan ke Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick di London, hari ini dan esok, sebelum mogok pertama ahli Persatuan Juruterbang British Airlines (BALPA).

