Premium
Kad prabayar NETS dilancarkan
Nov 23, 2022 | 5:30 AM
KAD PRABAYAR: Nets akan lancarkan kad prabayar yang boleh digunakan untuk tujuan runcit dan transit. Pengguna boleh gunakan kad tersebut di lebih 120,000 tempat dan juga bagi menaiki pengangkutan awam. - Foto fail -
RANGKAIAN Pemindahan Elektronik (NETS) semalam mengumumkan pelancaran kad prabayar NETS, kad mengandungi nilai 'bijak' pertamanya yang boleh digunakan untuk tujuan runcit dan transit.
Pengguna boleh menggunakan kad tersebut di lebih 120,000 tempat yang menerima kad tersebut serta bagi perjalanan harian mereka menaiki pengangkutan awam, menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

