Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar faedah Akaun Khas, MediSave, Persaraan CPF turun kepada 4.05%

Mar 12, 2024 | 05:53 PM



Kadar faedah untuk akaun Khas, MediSave dan Persaraan pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi tempoh antara 1 April dengan 30 Jun telah ditetapkan pada 4.05 peratus setahun.

Ini adalah penurunan sedikit daripada 4.08 peratus bagi tempoh dari 1 Januari hingga 31 Mac.

Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan bersama pada 12 Mac berkata bahawa kadar faedah bagi tiga akaun itu, yang disandarkan pada hasil purata 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS) dan ditambah 1 peratus, melebihi kadar lantai 4 peratus.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata di Parlimen pada 2 Ogos 2022:

“Jika kadar bersandar melebihi kadar lantai, pencarum akan perolehi kadar faedah yang lebih tinggi pada simpanan CPF mereka”.

Beliau menambah bahawa pemerintah telah mengekalkan kadar lantai 4 peratus bagi tiga akaun itu sejak 2008.

Kadar faedah untuk simpanan Akaun Biasa (OA) kekal tidak berubah pada 2.5 peratus dalam suku kedua 2024.

“Pemerintah akan terus memastikan tambatan kadar faedah CPF kekal relevan dalam persekitaran operasi semasa sambil mempertimbangkan prospek jangka panjang,” kata kenyataan itu.

Kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang disandarkan pada 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun dari 1 April hingga 30 Jun.

Pencarum CPF berusia bawah 55 tahun akan terus perolehi faedah tambahan 1 peratus pada $60,000 pertama baki akaun gabungan mereka, dihadkan pada $20,000 untuk OA.

Mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas akan terus memperolehi faedah tambahan 2 peratus bagi $30,000 pertama baki gabungan mereka, dihadkan pada $20,000 untuk OA, dan tambahan 1 peratus pada $30,000 seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >