Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar sewa HDB, kondo turun pada Mei

Jun 21, 2024 | 5:19 PM
Jumlah unit kondominium yang disewa turun 12.2 peratus pada Mei berbanding April.
Jumlah unit kondominium yang disewa turun 12.2 peratus pada Mei berbanding April. - Foto ST

Harga sewa bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) turun buat pertama kali sejak Januari 2024.

Ini sedang lebih ramai kini memilih menyewa kondominium yang menawarkan harga yang terus merosot.

Anggaran awal oleh portal hartanah SRX dan 99.co pada 21 Jun menunjukkan harga sewa flat HDB susut 0.3 peratus pada Mei berbanding April 2024.

Namun ia masih 6.2 peratus lebih tinggi berbanding Mei 2023.

Kadar sewa di pasaran kondominium terus menurun untuk dua bulan berturut-turut, susut 0.5 peratus pada Mei berbanding April.

Harga sewa kondominium turun 4.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Kededua pasaran itu menawarkan harga sewa lebih rendah ketika jumlah flat dan kondominium yang disewa terus merosot, lapor The Business Times (BT).

Jumlah sewa flat HDB turun 13.2 peratus kepada 2,558 unit pada Mei, daripada 2,946 unit pada April.

Berbanding Mei 2023, jumlah sewa flat HDB turun 12.3 peratus.

Ia juga 8 peratus lebih rendah daripada jumlah purata lima tahun bagi Mei.

Flat empat bilik membentuk sebanyak 38.1 peratus daripada jumlah sewa HDB pada Mei, diikuti 35.4 peratus bagi flat tiga bilik; 22 peratus bagi flat lima bilik; dan 4.5 peratus bagi flat eksekutif.

Harga sewa bagi flat lima bilik naik 0.8 peratus pada Mei berbanding April.

Namun, harga sewa bagi jenis flat lain merosot.

Harga sewa flat tiga bilik merosot paling banyak, sebanyak 0.7 peratus.

Ini diikuti harga sewa flat empat bilik (-0.5 peratus) dan sewa flat eksekutif (-0.4 peratus).

Harga sewa di kawasan perumahan matang turun 0.8 peratus pada Mei berbanding April, dan naik 0.5 peratus di kawasan tidak matang.

Berbanding Mei 2023, harga sewa di kawasan perumahan matang dan tidak matang masing-masing naik 5.9 peratus dan 6.9 peratus.

Di pasaran kondominium, jumlah yang disewa turun 12.2 peratus kepada 5,155 unit pada Mei berbanding 5,874 unit pada April.

Jumlah sewa tersebut adalah 0.4 peratus lebih rendah berbanding Mei 2023, dan 5.7 peratus lebih rendah daripada jumlah purata lima tahun bagi Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg