KASINO Marina Bay Sands yang dimiliki jutawan Sheldon Adelson, kini berdepan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai apakah peraturan anti pengubahan wang telah dilanggar dalam cara ia mengurus akaun penjudi teratasnya.
Jabatan Kehakiman Amerika telah mengeluarkan sepina jemaah juri kepada mantan ketua pematuhan Marina Bay Sands Pte pada Januari lalu, meminta wawancara atau dokumen mengenai "fasilitasi pengubahan wang" dan apa jua penyalahgunaan kawalan kewangan dalaman, menurut salinan surat panggilan yang dilihat oleh Bloomberg News.
Pendakwa meminta bekas ketua pematuhan itu, sebagai orang yang mengetahui operasi kasino, untuk menghasilkan rekod yang berkaitan dengan pelanggaran seperti dinyatakan, termasuk melalui percutian berjudi dan pinjaman pihak ketiga dengan menggunakan kredit kasino, dokumen tersebut menunjukkan.
Siasatan Amerika itu, menurut orang-orang yang mengetahui tentang masalah berkenaan, merasakan siasatan mungkin masih di tahap awal, sedang ia juga berusaha untuk memastikan apakah ada pembalasan terhadap pemberi maklumat, menurut surat panggilan itu.
Dalam jawapan bertulisnya, kasino Singapura itu menyatakan ia memandang serius setiap cadangan berlaku aktiviti tidak sesuai, dan pihaknya telah menyelidiki setiap pernyataan kesalahan yang dinyatakan. Marina Bay Sands dan syarikat induknya belum menerima permintaan dari Jabatan Kehakiman, menurut orang yang mengetahui perkara itu.
Marina Bay Sands juga menghadapi siasatan di Singapura oleh Penguasa Penguasa Pengawalan Kasino (CRA) terhadap dasar pemindahan wangnya.
Jurucakap agensi itu enggan mengulas lebih lanjut bila diminta mengulas memandangkan siasatan sedang dijalankan, dan menambah, pihaknya belum menerima permintaan dari Jabatan Kehakiman berkaitan dengan Marina Bay Sands. - The Straits Times, The Business Times
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg