Topik diikuti
Pergi ke BHkuKecemerlangan Azman Mokhtar rangsang kejayaan Khazanah
Premium
Kecemerlangan Azman Mokhtar rangsang kejayaan Khazanah
Jan 24, 2018 | 5:30 AM
Kecemerlangan Azman Mokhtar rangsang kejayaan Khazanah

PRESTASI CEMERLANG: Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar telah menerajui syarikat dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional, selama 15 tahun dan ia kini memegang kepentingan dalam kira-kira 100 syarikat dalam pelbagai sektor dan industri. - Foto fail -
DALAM banyak hal, ada satu ciri yang mungkin dimiliki oleh bos Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, jauh melebihi daripada bos-bos yang lain - beliau berjuang bermati-matian.
Pada Mei tahun depan, apabila insan berusia 56 tahun ini bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, beliau telahpun berkhidmat di kerusi panas dalam sebuah syarikat dana pelaburan mewah milik kerajaan Malaysia bagi tempoh cemerlang selama lima penggal (15 tahun).
