Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Kedai kopi selera Melayu

Nov 16, 2020 | 05:30 AM



DENGAN tujuh gerai yang memaparkan 'medley' hidangan termasuk nasi padang, 'steamboat', sate dan makanan Barat, kedai kopi milik anak Melayu, Makan Empire, pastinya memenuhi cita rasa semua.



Makan Empire, yang baru dibuka pada 29 Oktober lalu di 11 Kaki Bukit Road, merupakan hasil kerjasama empat peniaga Melayu/Islam yang bertujuan untuk menambah lagi jumlah pusat makanan yang menawarkan makanan halal.



Menurut pemilik bersama Makan Empire, Encik Andin Saifullah, 45 tahun, memang menjadi cita-cita beliau dan rakan-rakan kongsinya untuk mewujudkan rangkaian kedai kopi yang memenuhi keperluan dan keinginan masyarakat Melayu/Islam.



Makan Empire dimulakan tiga peniaga lain selain Encik Andin, iaitu Encik Noorman Mubarak, 41 tahun, Hamdan Zakaria, 46 tahun, dan Ikhram Mansoor, 41 tahun.



Kedai makan itu beroperasi dari 7 pagi hingga 3 pagi.



Menurut Encik Andin, rancangan untuk membuka kedai makan itu sudah lama dibincangkan, dan mereka telah mengambil peluang semasa tempoh Covid-19 untuk mengubahsuai tempat tersebut.



Namun, beliau akui ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka memutuskan untuk membuka perniagaan mereka pada tempoh yang sukar ini.



"Tapi kami beritahu mereka untuk terus berfikiran terbuka, dan kami juga tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa.



"Namun, cabaran itu memang ada," katanya.



Ini termasuk untuk mencari tenaga kerja dan menarik penyewa yang mempunyai reputasi yang baik.



Untuk itu, Encik Andin dan pemilik lain berusaha untuk mengeluarkan iklan dengan kerap melalui media sosial untuk meuaruarkan tarikan tempat makan itu.



Walaupun pada mulanya menjangkakan kesukaran dalam mendapatkan penyewa, semua ruang gerai dipenuhi dalam masa kurang sebulan.



Antara gerai popular yang sudah pun beroperasi di kedai kopi itu termasuk Aroma Kampung dan Farah Diana Steamboat.



"Memang ada yang beritahu kami, tempat ini risiko (tak mendapat sambutan) agak tinggi, kerana terletak di kawasan perindustrian, jadi susah nak dapat penyewa gerai.



"Ada juga kata peraturan tak boleh merokok dan minum alkohol tidak akan menarik orang untuk datang makan, tapi Alhamdulillah sekarang bisnes agak baik," kata Encik Andin.



Katanya, mereka merancang untuk membuka cawangan kedai kopi tersebut di tempat lain pada masa hadapan.




"Memang ada yang beritahu kami, tempat ini risiko (tak mendapat sambutan) agak tinggi, kerana terletak di kawasan perindustrian, jadi susah nak dapat penyewa gerai.

"Ada juga kata peraturan tak boleh merokok dan minum alkohol tidak akan menarik orang untuk datang makan, tapi Alhamdulillah sekarang bisnes agak baik.''

- Encik Andin Saifullah, pemilik bersama Makan Empire.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >