Kejatuhan harga emas belum beri kesan pada pembelian setempat
Premium
Kejatuhan harga emas belum beri kesan pada pembelian setempat
Biasanya harga emas bagi setiap gram adalah antara $87 dengan $88, ia turun hingga $83 dalam seminggu lalu
Jun 29, 2021 | 5:30 AM
TETAP STABIL: Pengarah Golden Chance, Encik Hasan Marican (duduk); pengurus syarikat itu, Encik Azlan Shafie; dan kakitangan di bahagian penjualan, Cik Farhanah Jamal. Harga emas dikatakan tetap stabil di tengah pandemik ini. - Foto GOLDEN CHANCE -
HARGA emas dilaporkan susut sejak minggu lalu, namun kesan besar belum dapat dirasakan oleh peruncit emas setempat.
Begitulah pendapat dua peruncit emas, Pengarah dari Golden Chance, Encik Hasan Marican dan Pengurus Besar Kedai Emas Ming Seng Goldsmith, Cik Angela Lew.

