Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kembang niaga buka kios makanan di pusat beli-belah

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



DARIPADA sebuah gerai kecil dan kedai makan, kini pemilik Zoul's Corner di Tampines, Encik Azhar Md Salleh, atau lebih dikenali sebagai Zoul, telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kios makanan di pusat beli-belah untuk mendekati lebih ramai pelanggan.



Kios dikenali dengan nama Smash, adalah jenama di bawah cabang Zoul's Corner, yang menjual pelbagai jenis nasi ayam penyet di pusat beli-belah AMK Hub awal bulan lalu. Ia dibuka dengan pelaburan $120,000.



Dengan konsep lebih moden dan segar, syarikat itu menyasarkan membuka 10 kios Smash dalam tempoh lima tahun mendatang.



Encik Zoul, 51 tahun, berkata perkembangan perniagaannya ini dapat dicapai hasil banyak bimbingan yang diperolehi daripada usahawan dan pemilik Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak By Selera Rasa, Dr Abdul Malik Hassan.



Dalam temu ramah bersama Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Zoul menceritakan motivasinya untuk mengembangkan perniagaan beliau.



"Semasa pandemik Covid-19, saya menyertai dua rangkaian niaga - BNI (Rangkaian Perniagaan Antarabangsa) dan MOTD (Monsters of the Deep) - dengan saya mendapat banyak tunjuk ajar dari jurulatih Encik Mohamed Fazluddin, seorang akauntan, dan pembimbing Dr Malik, bagi meluaskan perniagaan saya.



"Saya menerima banyak tunjuk ajar, inspirasi dan dengan nasihat dan rangsangan mereka, saya rasa yakin mengembangkan perniagaan ini," jelas bapa lima anak itu.



Dengan keyakinan terhadap mutu produk nasi ayam penyetnya, beliau melahirkan harapan agar lebih ramai penduduk di Singapura mencuba nasi ayam penyetnya.



Menurutnya, idea pengembangan ini sudah tersemat sejak 2019, namun pandemik koronavirus telah menghambat rancangannya itu.



Malah, beliau juga terpaksa menutup cawangan Zoul's Corner di Blok 201 Tampines untuk menyelamatkan perniagaannya.



Tetapi beliau masih mengekalkan kedai makan Zoul's Corner di Blok 801 Tampines Avenue 4 dan gerai di Pusat Penjaja Ayer Rajah.



Dengan dorongan mentor dan jurulatihnya, beliau dapat menstabilkan perniagaan dan kemudian berjaya mendapat pelabur pada April tahun lalu. Meskipun mempunyai pelabur, Encik Zoul masih memegang perkongsian majoriti atau 55 peratus dalam Smash.



Tanpa berlengah, Encik Zoul mula memohon mendapatkan ruang kosong di pusat beli-belah untuk kiosnya.



Lima bulan kemudian, Encik Zoul mendapat berita baik bahawa pusat beli-belah AMK Hub telah menerima permohonannya dan mereka dibenarkan menggunakan ruang itu pada November lalu.



Encik Zoul akur banyak cabaran yang harus beliau atasi semasa pembukaan kiosnya itu.



Antaranya rundingan mengenai isu pajakan, kakitangan, peralatan dan banyak lagi.



Isu mendapat pekerja memang menjadi cabaran meskipun gaji diberikan lumayan, katanya yang memerlukan empat pekerja di kiosnya.



Smash dibuka pada 26 November lalu dan mengadakan pembukaaan rasminya pada 3 Disember.



"Saya amat bersyukur kerana mendapat respons yang sangat memberangsangkan, apa lagi dengan promosi pembukaan itu," kata Encik Zoul yang juga menerima ramai pelanggan berulang setelah pembukaan itu.



Sejak menjalankan perniagaannya, Encik Zoul amat menghargai sokongan isterinya, Cik Maznah Baharon, 51 tahun, yang tidak putus-putus menyokongnya.



"Kami menyasarkan membuka 10 cawangan dalam tempoh lima tahun ini. Setelah jumlah kakitangan kami lebih stabil, kami dapat membuka kios yang seterusnya menjelang suku kedua tahun ini," tambah Encik Zoul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >