Premium
Kemudahan logistik makanan akan dibina
Tingkatkan kedudukan S'pura sebagai hab dagangan dan logistik bertaraf dunia, juga penuhi aspek pengeluaran makanan halal
Mar 29, 2023 | 5:30 AM
MAJLIS PECAH TANAH: Cik Low Yen Ling sewaktu di Majlis Pecah Tanah kemudahan logistik makanan baru oleh Commonwealth Kokubu Logistics pada 28 Mac 2023. - Foto COMMONWEALTH CAPITAL -
SEBUAH kemudahan logistik makanan tercanggih akan dibina di Jurong oleh syarikat Commonwealth Kokubu Logistics (CKL) dan dijangka mewujudkan sehingga 130 pekerjaan baru di Singapura.
Menjangkau 500,000 kaki persegi, kemudahan yang bakal dibina di 8 Jalan Besut oleh Kajima Development Pte Ltd itu, akan meningkatkan kedudukan Singapura sebagai hab perdagangan dan logistik bertaraf dunia, yang juga mampu memenuhi segala aspek logistik, persiapan dan pengeluaran makanan halal.

